Saturday, February 7, 2015

Sungai Kuantan



Tebing Sungai Kuantan tempat yang sesuai untuk melepaskan lelah, berehat, beriadah dan bersiar.

Diamnya di tengah-tengah bandaraya Kuantan. Dahulu di kawasan sungai ini merupakan perkampungan nelayan dan orang asli. Sejarah menunjukkan nama Kuantan diambil sempena nama penempatan dan pendagang dari Sumatera.


Pedagang dari Kuantan, Sumatera ini menjadikan sungai Kuantan sebagai laluan dagangan mereka dan mendirikan pelabuhan untuk mendaratkan barangan ke gudang-gudang yang didirikan di tebing Sungai Kuantan sebelum diedarkan ke kawasan pedalaman.

Terdapat kawasan kubur-kubur lama di tebing Sungai Kuantan, Pahang ini menjadi bukti kehadiran pedagang dan penduduk awal Islam di sini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...