Friday, May 13, 2016

TERBANG TINGGI-TINGGI WALAU TANPA SAYAP

Kehidupan di kampung penuh kedamaian dan ketenangan. Pada zaman kecil saya, kerap bermain selut di sawah. Berlari-lari di atas batas sambil mengejar bangau, belibis dan katak. Puas mencari ikan patung, saya menangguk pula berudu di dalam petak sawah.

Itu dahulu. 





Hari ini saya mengajar anak-anak saya untuk menikmati hidup di desa. Saya wariskan kenangan terindah anak desa kepada mereka. Saya mahu mereka mengenal asal usulnya agar mereka tidak lupa warisan yang dipusakai oleh nenda dan ayahandanya.

Marilah anakanda, mari kita terbang tinggi-tinggi walaupun tanpa sayap.

Marilah kita rakamkan saat ini. Melalui foto ini agar waris dan keturunan kita tahu, mengerti dan menghargai betapa indahnya alam buana ini. Di bumi inilah yang mengandungkan pusaka keturunan kita.

Kg Sri Lukut, Kahang, Kluang

~selain merakam gambar perkahwinan, kami juga sudi menyediakan perkhidmatan merakam peristiwa terindah dalam hidup anda~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...